Malam semakin larut mata pun semakin layu, namun minat menulis tidak pernah padam. Terasa banyak pula cerita ingin dikongsi bersama-sama pembaca disini. Kisah malam ini sedikit lari dari tajuk blog ini, namun masih tidak lari dari motif sebenar blog ini untuk memaparkan kisah-kisah teladan, minat harian dan cebisan rasa hati hidup kita sebagai insan.
Anda mahu kaya? Hidup senang dan dibuai kemewahan. Saat memiliki status jutawan mampukah sesetengah insan menjadi dirinya sendiri lagi. Andai saat itu ada moga kita mampu kekal dengan prinsip diri. Kisah untuk dibualkan saat ini ialah mengenai seorang jutawan, hartawan, ahli perniagaan dan pelabur yang terkenal dan berjaya iaitu, "Warren Buffet". Nama saja "Buffet" seperti yang kita faham apa saja berkaitan buffet pastinya makanan namun itu bukan ceritanya dan bukan sebarangan orang jua insan mashyur ini. Bukan juga kerana saya fanatik kepada cerita orang barat.
(Warren Buffet/sumber gambar dari google) |
Antara kata-kata beliau yang menarik minat saya disaat terasa diri dihina dan diperlekeh insan-insan sekeliling ialah seperti dibawah:
"Keep your mouth shut today, you always have right to tell someone to go to hell tomorrow....."(By Warren Buffet)
Beliau hanyalah satu contoh bahawa diri kita sebagai manusia biasa, tidak perlu mencanang beduk hanya kerana pengaruh dan kekuasaan yang kita punyai di dunia ini. Nilai kemanusian dan sifat rendah diri adalah warna-warna hati insan yang menyedari kerdilnya kita di bumiNya ini. Disaat kita dilanda sifat angkuh, takbur dan riak kita lupa hakikat hidup insani. Moga cebisan artikel ini dapat memberi sedikit manfaat dan pengajaran buat kita semua.
Nota: Sentiasalah bersyukur, jalan pandang kebawah bukan bermakna kita bodoh namun kita ini insan-insan
yang merendah diri kerna kita disini seketika cuma.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.