Pages

Wednesday, 6 June 2012

Masakan dari rumah rahsia kebahagiaan dan ketenangan jiwa famili

(Inilah hasil hidangan malam saya buat tatapan bersama)

Saya percaya teman-teman pernah dan berkali-kali melalui pengalaman yang sama, disaat melihat wajah gembira si suami saat melangkah masuk kerumah terbaukan hidangan isteri yang walaupun ringkas namun cukup menyelerakan dan menghilangkan penat dihati dan badan. Disini saya kongsikan hidangan ringkas makan malam famili saya iaitu kacang goreng belacan dan daging goreng berlada. Tidak remeh dan amat mudah disediakan selepas pulang dari bekerja. 

Daging Goreng Berlada.


Bahan-bahannya:

  1.  1 biji bawang merah besar (kebiasaan ibu mertua menggunakan bawang besar saya pun terikut-ikut).
  2. 4 ulas bawang putih.
  3. Sedikit halia.
  4. Serbuk lada hitam.
  5. Beberapa biji cili padi Thailand. 
  6. 2 biji cili merah besar. (Untuk hiasan).
  7. Beberape helai daun sup@Chinese celery. (Untuk hiasan dan mewangikan daging). 
  8. Secukup air asam jawa. 
  9. Secukup garam untuk rasa. 
  10. Beberapa helai daun kari.
  11. Kicap soya manis. 
  12. Minyak masak. 
Cara-caranya yang ringkas:
  1. Potong bawang merah/putih/halia&cili padi Thailand kecil-kecil juga bahan-bahan untuk hiasan. 
  2. Daging yang telah dibasuh, ditos dan dipotong nipis lalu digoreng dengan minyak masak bersama-sama daun kari. 
  3. Bila daging hampir masak masukkan bahan-bahan seperti bawang merah/putih,halia&cili padi Thailand yang telah dipotong kecil-kecil kedalam kuali dan tumis hingga hampir masak. 
  4. Kemudian masukkan kicap soya manis, serbuk lada hitam, garam dan air asam jawa dan biar beberapa minit. Masukkan sedikit air untuk meratakan bahan perasa.
  5. Daging yang telah dimasak bolehlah dihidangkan dengan bahan hiasan mengikut selera anda. 
Nota: Saya gemar menggunakan daun kari dalam masakan kerana dipengaruhi ibu mertua saya yang berketurunan India yang gemar menggunakannya dalam masakan kerna baunya yang harum. Ternyata gabungan daun kari dalam beberapa masakan ternyata menambah keharumannya. 

Selamat mencuba pada yang sudi jika, saya bukanlah profesional apa yang dikongsi disini buat tatapan rakan-rakan yang juga gemarkan memasak untuk famili sehari-hari. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.