(Bunga raya merah) |
(Bunga kertas@Bougainvillea) |
Hari ini saya mahu bercerita mengenai bunga, bunga adalah antara kejadian Tuhan yang sangat unik dan mengindahkan alam. Wanita memang tidak lari dari mengemari bunga-bungaan. Saya amat gemar melihat dan melayari internet ke laman-laman yang memaparkan hasil fotografi bunga yang sangat mengagumkan. Kadang kita bayangkan bangun awal diwaktu dinihari menghirup udara segar sambil tersenyum simpul melihat bungaan yang mekar di tepi jendela. Tatkala itu hati berdetik, "indahnya duniaMu Tuhan".
(Bunga Melur@Jasmine) |
Bonda saya amat rajin bercucuk tanam, antara minatnya menanam bunga, yang amat disukai saya sejak dari kampung ialah bunga melur (Jasmine), bunga johor, bunga kertas (Bougainvillea) dan bunga seri pagi (Morning glory). Teringat zaman dahulu, saat masih di bangku sekolah rendah. Dikala mengayuh basikal ke sekolah sepanjang perjalanan dari laman rumah dan jalan kampung, kelihatan sungguh indah bunga seri pagi menjalar liar dicelah rimbunan semak. Seronok bercerita tentang masa lalu mari kita ketahui simbolik bungaan.
Bunga-bungaan adalah simbolik bagi saat-saat penting di merata dunia. Pengaruh bunga sangat besar dalam kebudayaan dan pelancongan. Tidak lupa bunga adalah simbolik sesuatu negara seperti negara kita dimana bunga raya adalah bunga tradisi kebangsaan. Sedikit sebanyak tentang bunga-bunga yang mempunyai maksud simbolik tertentu di dunia:
(Bunga mawar merah@simbolik cinta) |
- Bunga mawar merah, adalah simbol cinta, kecantikan dan kesungguhan.
- Bunga poppies, adalah bunga bagi memperingati kematian. Contohnya di United Kingdom, New Zealand, Australia dan Canada yang menjadikan bunga ini sebagai simbolik bagi memperingati tentera-tentera yang telah terkorban diwaktu perang.
- Bunga Irises/Lily, adalah simbolik bagi kebangkitan/kehidupan bagi sesetengah negara.
- Bunga daisi adalah simbol kesucian.
Banyak budaya di seluruh dunia mempunyai kecenderungan yang ketara mengaitkan bunga dengan kewanitaan. Jadi untungnya lahir sebagai wanita yang berjiwa halus yang mencintai keindahan dan kemurnian alam. Wanita menghargai dan mengasihi dengan cara yang tersendiri. Misterinya daya penarik bunga semisteri hati dan perasaan wanita.
Nota: Sekadar berkongsi minat. Serba sedikit sumber dari Wiki & gambar peribadi serta ehsan google.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.