Pages

Wednesday, 20 June 2012

"The Return" Diane Haeger.


(Gambar&diskripsi saya kongsi dari sebuah website)

Description,

Her heart pounding with fear and longing, Charlotte Langston set sail from India for England, the homeland she had not seen for so many years...desperate to find the man whose love had once made her life a paradise...How well she remembered the day they met, when, pistol drawn, she'd charged into the private garden of Delhi's commander-in-chief and challenged the soldiers who were trespassing there. Captain Edward Langston had been handsome, strong, and, despite his part in the day's mischief, possessed of a confidence that was instantly compelling. Only sixteen, Charlotte had been innocent enough to ignore her maidservant's dark foreboding, headstrong enough to defy her old-fashioned father and marry a man he considered an ambitious, arrogant upstart. Honeymooning in the shadow of the Taj Mahal, Charlotte had glowed with incandescent love. But barely two months later, her happiness had been shattered by a bloody native uprising that left her widowed and in despair.

Now, ten years later, Charlotte was leaving the heat and dust of India to embark upon a new, uncertain future...to find the beloved husband who, she had just discovered, was miraculously still alive...

Kisah cinta tragis Edward dan Charlotte Langston, pernahkah anda baca buku cerita berlatarbelakangkan negara India dizaman pemerintahan era British ini?. Jika anda antara yang pernah membaca dan menghayati jalan cerita yang ditulis dengan penuh tragis oleh penulisnya pasti anda memahami maksud kesedihan dan penderitaan yang dialami watak-watak didalam buku ini. Disulami sedikit babak seksual yang mungkin kurang sesuai buat pembaca dibawah umur namun saya ambil jalan ceritanya dari sudut yang baik dari segi kemanusian, kasihsayang dan persahabatan yang tidak ternilai. Tiga kali saya baca buku ini ternyata air mata saya masih murah mengalir kerana penghayatan terhadap plot cerita yang mendalam hasil ilham penulisnya yang kreatif. Mungkin ramai yang tidak mengenali penulis buku ini namun apa salahnya berkongsi cerita menarik bersama-sama. Cuba klik disini untuk maklumat lanjut: http://www.dianehaeger.com 

Buku ini dibeli oleh suami tersayang di Flea Market, Amcorp Mall untuk saya semasa kami berjalan-jalan dihujung minggu 2 tahun yang lalu. Buku ini masih saya simpan dengan rapi bersama beberapa jenis buku novel klasik Inggeris dan Melayu yang saya sayangi. Walau masa telah berlalu ada buku-buku yang ditulis pada tahun 70-an lagi tetap mempunyai nilai tersendiri dek kerana minat saya terhadap buku novel. Orang kata makin tua makin berisi, buku pula makin lapuk makin tinggi nilai sentimentalnya seperti barangan antik. Mengapa mahu bercerita lebih, saya syorkan anda baca dahulu buku cerita ini jika ada kesempatan sepertimana yang saya syorkan pada kakak saya, kerana beliau juga peminat novel. Novel-novel yang dimilikinya sejak dari zaman muda remaja sehingga kini tidak terkira dek jari saya. Sungguh saya kagum akan kesabarannya menghabiskan membaca buku-buku novel yang tebalnya seperti buku sejarah.  

Berbalik pada kisah Edward dan charlotte Langston. Kisah buku ini bermula di India diera pejajahan British pada pertengahan kurun ke-18. Charlotte Langston merupakan seorang anak gadis kepada seorang kolonal British yang bertempat di Delhi. Charlotte berkahwin dengan Edward Langston yang juga merupakan seorang Kapten perang yang bercita-cita tinggi. Namun kebahagiaan yang dikecapi cuma seketika apabila mereka terpisah semasa pemberontakan kaum Hindu dan menyangkakan satu sama lain mati didalam kejadian tersebut. 10 tahun berlalu namun takdir menyatukan mereka semula apabila Charlotte mendapat tahu bahawa Edward yang disangkakan telah mati mungkin masih hidup dan telah dihantar pulang ke England. Bermulalah perjuangan penuh tragis Charlotte demi bertemu kembali dengan suami tercinta yang didapati telahpun berkahwin lain. Sungguhpun begitu Edward tidak dapat mengenali Charlott kerana perubahan bentuk wajah kesan dari kecederaan yang dialami lama dahulu semasa pemberontakan di India. 

Menulis saja sudah membuatkan saya mengingati jalan ceritanya yang penuh kesedihan. Semoga anda berminat dan selamat membaca. 



Nota: Kebanyakkan wanita sukakan buku novel berbanding lelaki kerana perempuan lebih cenderung beremosi. (Sumber maklumat saya kongsi dari artikel/Google) 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.