(Contoh telur masin yang di jual di pasar sekitar Kuala Lumpur) |
Telur masin! Dengar saja sudah terasa masin putih telurnya dilidah namun ianya tetap menjadi kegemaran ramai termasuk di restoran-restoran di sekitar Kuala Lumpur. Antara contoh jika anda pernah makan di restoran The Chili's pasti anda pernah merasa betapa enaknya nasi goreng telur itik masin dari restoran ini. Juga restoran-restoran "Mamak" yang tidak lepas dari menghidangkan telur itik masin rebus sebagai antara menu pilihan. Ternyata Malaysia memang unik dengan pelbagai rasa dari kaum-kaum berlainan dan masyarakat Malaysia memang sudah sinonim dengan kepelbagaian ini. Lihat saja ciri-ciri masakan yang telah dipengaruhi perbezaan antara kaum ini contohnya kita ada kuew tiaw kungfu, asam laksa, nasi lemak, capati serta lain-lain jenis yang ada di restoran Cina, Melayu dan India mahupun kaum lain. Beruntungnya kita rakyat Malaysia.
Bercerita mengenai telur itik masin, adakah anda tahu bahawa telur itik masin sebenarnya bermula dari kaum Cina ianya diperbuat dengan proses merendamkan telur itik didalam air garam (ini dipanggil telur masin basah) atau juga dibungkus menggunakan tanah liat lembap yang telah dicampurkan sejumlah garam dan disaluti arang (yang dipanggil kaedah salutan). Saya amat mengemari telur itik masin, terutama bahagian telur kuningnya yang sangat lemak dan tidak masin. Selamat menjamu selera!.
Nota: Sekadar berkongsi maklumat mengenai makanan kegemaran asia ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.