Pages

Monday, 18 June 2012

Saat Bermakna: Hari Ayah

(Sosej yang bakal dipanggang hasil kreativi saya dan ayah mertua) 

Hmm! Masih terbau harum dan sedapnya ayam panggang (Chicken BBQ) yang dimasak Sabtu lalu. Lambat sungguh saya upload gambar ini buat tatapan. Tiga hari yang lalu saya dan suami berkunjung ke rumah abang ipar di Damansara bagi berkumpul bersama-sama ahli keluarga untuk menyambut "Hari Ayah". Bagi pihak keluarga saya sendiri kami tidak lagi dapat meraikan hari bermakna ini kerana Ayahanda tercinta telahpun dijemput Ilahi beberapa tahun yang lalu. Doa dan al-fatihah buat arwah Ayah tersayang. 

Keluarga saya dan juga ipar duai sangat sukakan sesi panggang-memanggang. Terutama bila tiba saat berkumpul beramai-ramai di kampung. Suasana pula jadi hiruk-pikuk disebabkan ahli keluarga yang ramai dan ada juga anak-anak buah yang masih kecil berlarian kesana-sini. Gelak ketawa, usik-mengusik dan gurauan senda memeriahkan suasana yang sangat-sangat dinantikan saban tahun. Moga Allah rahmati kebahagiaan ini dan Insayaallah berkumpul lagi lain masa. 

Itu cerita di kampung lain pula dengan famili belah mertua saya, keluarga suami tidaklah seramai ahli keluarga saya. Namun berkumpul saat-saat istimewa begini mampu mengeratkan lagi silaturahim ahli keluarga. Dalam famili suami cuma seorang saja adik perempuan yang lain semuanya hero bagi Amma dan Daddy. Permulaan memang agak janggal kerana saya sudah terbiasa berkeluarga besar dan setelah hampir 5 tahun Alhamdulillah tiadalah rasa kekurangnya. Itu cerita saya, anda pula bagaimana...pasti banyak saat manis aktiviti bersama ahli keluarga yang tidak lekang di ingatan.  Buat penutup cerita saya ucapkan "Selamat Hari Bapa kepada mereka-mereka yang telah dinobatkan gelaran ini. Buat suami moga kesabaran anda beroleh kebaikkan dan berkatNya suatu hari nanti. 


Nota: Anak adalah anugerah, tidak boleh dicipta-cipta dengan sendiri, hargai anak anda kerana anda antara insan-  insan yang dianugerahkan keistimewaan itu. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.