(Koleksi peribadi: Sebuah pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan) |
Apa yang anda harapkan dalam kehidupan, pernah anda melalui saat-saat getir sebelum dan mungkin pada ketika ini. Anda mencari jalan, kadang-kala jalan penyelesaian juga tampak buntu. Jangan putus asa, percayalah bahawa Allah tidak akan menguji hamba-hambanya dengan ujian-ujian yang melebihi batas kemampuannya. Cubalah kita berfikir dan tabahkan hati moga kesabaran itu membawa hikmah disebaliknya. Berkata-kata memang amatlah senang namun hati mudah lemah saat dugaan berat membebani diri kita. Sebagai peringatan buat diri ini dan anda jua, hanya Dia & diri kita sendiri yang boleh mengubah keadaan.
Surah a-Talaq:2-3:“Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).”
Dekatkan diri dengan ahli keluarga yang boleh memahami dan buanglah rasa malu dan iri hati. Memang benar ada masalah yang kita tidak sesekali akan berkongsi dengan sesiapa mahupun ibunda sendiri. Kerna mungkin masalah atau rahsia itu bakal mebuatkan hati insan-insan disayangi gundah. Mari kita tabah, jika tidak mahu susah hati dari segi kewangan dan kebendaan, hiduplah bersederhana jika kurang serba-serbi, peribahasa lama Melayu dibawah mengatakan:
"Ukurlah baju di badan sendiri"
Sangat benar kiasannya, kebanyakkan masalah minda kita hari ini ialah kerana kita suka berlumba-lumba mengejar kemewahan, pangkat & taraf pendidikan. Namun kita harus sedar jika ada yang mungkin tidak sebijak, sehebat & setinggi mana pangkatnya seperti diri kita secara amnya bukan bermakna mereka ini golongan berpencapaian rendah. Setiap individu ada ceritanya tersendiri dalam hidup mereka mungkin apa yang tersirat lebih dari yang mampu dikaji oleh mata kasar. Pendek kata hormatilah satu sama lain, jiran tetangga, rakan sekerja, rakan sepersekolahan, orang sekampung, ipar duai dan sesiapa saja. Kerana dunia ini kecil, akan datang kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Yang diatas kini mungkin akan kebawah suatu hari nanti. Bukankah lebih bahagia bila kita sebagai insan andai memahami konsep ini barulah jiwa tenang dan penuh kegembiraan.
Nota: Sekadar nukilan hati. Sama-sama kita memperingati.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.