Apa khabar semua? Moga hari ini anda ceria sejak mula dari pagi tadi hingga pulang dari bekerja. Terasa sungguh keletihan kerana dari pagi duduk di pejabat hingga ke petang. Sampai saja dirumah saya sudah rindu untuk "blogging". Sengaja ingin mencuri peluang menulis tentang sesuatu. Apa rancangan anda malam ini?. Adakah makan malam romantis bersama suami dan anak-anak atau ada juga yang sibuk membeli belah diwaktu tengah bulan. Mesti ada juga yang sedang bercuti hingga ke hujung minggu. Saya pula berkira hari untuk pulang ke kampung bagi meraikan majlis sambut menantu abang dan kakak ipar yang baru berkahwin 3 bulan lepas, dengan harapan minggu depan moga ianya hujung minggu yang penuh ceria bagi saya dan famili. Insyallah.
(Cerita terbaru abg long dil)
Kembali pada tajuk malam ini, kaki wayang. Rasanya masih ramai lagi warga yang sudah berkahwin masih suka ke panggung bersama suami atau isteri masing-masing. Bagi yang ada anak mungkin peluang sedikit terbatas namun yang pasti keindahan dan perasaan sebagai ibu dan bapa tak mampu saya kongsi disini kerana belum dinobatkan gelaran istimewa itu. Mungkin wayang dirumah bersama anak-anak dengan keletah mereka sudah cukup menghiburkan. (Moga ada yang sudi berkongsi cerita dengan saya).
Malam ini suami saya dihembus angin romantik (haha!). Mana tidaknya mahu ke panggung katanya untuk menghabiskan malam yang pendek sebelum bekerja lagi esok. Sudah dua minggu saya menanti untuk menonton cerita terbaru dipawagam jika tidak bukan "Snow White & The Huntsman" di GSC, Midvalley. Dua minggu sebelum itu saya habiskan malam minggu dengan menonton MIB3, 3D (Men In Black). Menitis air mata mengenang masa lalu, tempoh 14 tahun memang berbaloi untuk pengarahnya menghasilkan trikuelnya (Bahasa saya bagi ketiga kali). Betapa masa telah berlalu mengenangkan umur saya yang bukan lagi belasan tahun sewaktu menonton MIB &MIB2. Bersyukur dengan usia yang dikurniakan Tuhan.
(Popcorn teman setia)
Tiket wayang saya bermula pada pukul 10 malam, namun seperti biasa penantian bukanlah satu penyeksaan kerana sudah tentu cerita yang dinanti tetap akan bermula. Selepas detik iklan selama hampir 20 minit cerita pun bermula dengan suasan indah dizaman dahulu kala, pasti anda sudah boleh bayangkan bagaimana cerita klasik Inggeris kebiasaannya. Perasaan saya membuai-buai tambahan lagi memikirkan saat romantis hero dan heroinnya, mana tidak hero kegemaran saya beraksi dilayar, siapa lagi jika bukan "Thor" atau nama sebenarnya Chris Hemsworth. Ternyata pelakon bertubuh sasa ini auranya bermula dari filem "Thor" lagi berjangkit ke filem lain seperti di Avengers yang telah saya tonton bersama anak saudara bulan lepas. Siapa yang pernah menonton "The Avengers" pasti setuju tidak rugi ke panggung, semua superheroes ada didalamnya.
(Animasi Braveheart)
Watak Snow White dalam cerita ini telah diolah dengan sedikit berbeza bukan seperti didalam buku cerita donggeng yang pernah kita baca, sepanjang filem ini mata anda akan dijamu dengan suasana suram persekitaran alam yang punah angkara kuasa ahli sihir, Ravenna si ibu tiri Snow white. Kerana ingin kekal muda Ravenna inginkan jantung Snow White untuk menguatkan kuasanya dan mengekalkan kecantikkan abadi dirinya. Namun Snow White berjaya lari dari kurungan masuk ke lembah hitam (Dark forest). Dari situ bermulalah sandiwara yang saya nanti-nantikan dengan kemunculan hero saya "Chris Hemsworth" yang merupakan seorang pemburu yang mahir. Niat Hunstman untuk menangkap Snow White terbantut bila mengetahui niat jahat permaisuri Ravenna dan adiknya, Finn.
Pada pendapat saya jalan ceritanya menarik cuma kurang sentuhan romantis. Watak Snow White yang dimainkan oleh Kristen Stewart juga tampak lemah dan kusam walau dia memang pelakon yang berbakat. Tidak berniat untuk memberi komen negatif kerana saya juga merupakan peminatnya sejak dari Twilight saga yang memang sinonim dengan Kristen. Namun melihat reaksi wajah Snow White atau watak Kristen didalam filem ini seolah-olah saya menonton wataknya sebagai Bella Swan di Twilight. Saat Hunstman jatuh cinta dengan Snow White juga kurang impaknya kerana babak itu tidak diberi sentuhan yang baik. Mungkin kerana pengarah lebih menekankan pada keistimewaan Snow White dan keazamanya untuk merampas semula takhta yang dirampas oleh Ravenna yang jahat. Tabik pada Charlize Theron, watak jahatnya memang berkesan dan tidak tampak kekok. Dihujung cerita saya tetap puas hati kerana saya amat gilakan cerita-cerita donggeng seperti ini sejak dari kanak-kanak.
Panjang lebar saya beri komen, jangan ada pula yang marah bila membaca olahan pendapat saya melibatkan filem ini. Apapun selamat menonton jika ada yang mahukan sedikit hiburan hujung minggu dengan cerita-cerita di pawagam.
Gambar-gambar sampingan
(Demam Bola di Midvalley)
(Sepak jangan tak sepak)
Hasil Seni Menarik di Midvalley,
(Mickey Mouse)
( :o? )
(Shawn&Uncle)
Snapshot Serba Ringkas
Nota:Rasanya barisan filem-filem selepas ini lagi hebat, seperti SpiderMan, Resident Evil, Expandables dan banyak lagi. Untuk Expandable sudah pasti saya akan melangkah kepanggung lagi untuk melihat hero tua saya Sylvester Stallone. :)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.