Pages

Thursday, 7 June 2012

Lilin & Haruman

(Bekas lilin dari seramik Cina)  


Tentu ramai diantara kita yang memang gemarkan lilin yang berbau harum dan juga wangian. Begitu juga saya dan suami yang gemar menyalakan lilin dengan menggunakan bekas lilin yang dititiskan sedikit pewangi setiap hari dirumah. Secara rutinnya suami amat gemarkan bauan dari bunga mawar & juga melur. Aromanya yang harum cukup menaikkan suasana segar dalam rumah. Cuba anda lakukan sekali-sekala dirumah disaat rasa bosan, murung atau jua sedih. Nyalakan lilin dengan haruman kesukaan anda kemudian tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan, anda akan berasa lebih tenang dan nyaman. Lakukan hari ini.

Nota: Masalah dan hidup tidak boleh dipisahkan, cuma cara menghadapi & menanganinya berbeza bagi setia individu. Senyum & moga anda mampu berfikiran positif.


Sekadar Maklumat: China merupakan negara pertama mencipta lilin yang diperbuat daripada lemak ikan paus pada zaman pemerintahan Dinasti Qin. Asal perkataan parfum adalah dari bahasa latin "Perfumus" yang bermaksud "melalui asap". 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.