Pages

Wednesday, 6 June 2012

Masakan Ringkas Ala Melayu Perak



Ini ialah resepi turun temurun ibu tersayang, saya jarang masak makanan laut kerana suami kurang gemarkannya. Namun bila sekali-sekala teringin ringan saja tangan saya kedapur. 

Ketam Masak Kari Pekat.

Bahan-bahannya:

  1. 5 ekor ketam. 
  2. Setengah biji santan.
  3. Rempah kari Babas. (Ayam/Ikan).
  4. 2 biji bawang merah besar.
  5. 3 ulas bawang putih.
  6. Beberapa helai daun kari.
  7. Campuran halba untuk masak kari. 
  8. 2 biji cili besar hijau. (Untuk hiasan). 
  9. Sedikit halia.
  10. Minyak masak.
  11. Garam & air asam jawa secukup rasa.
Cara memasak yang ringkas:
  1. Kisar bawang merah/putih beserta halia hingga lumat. 
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan atau hampir masak bersama-sama daun kari dan campuran halba. 
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga rempah masak. 
  4. Kemudian masukkan ketam dan biar selama beberapa minit. 
  5. Tuangkan santan dan air asam jawa berserta garam secukupnya biar hingga mendidih. 
  6. Setelah siap hidangkan dengan hirisan cili besar hijau dan taburan daun kari mengikut citarasa anda. 
Nota: Ketam yang segar mempunyai rasa isi yang manis kerna itu rasanya yang semulajadi mampu membuatkan kari bertambah sedap. Selamat memasak. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.