Pages

Thursday, 28 June 2012

Kelebihan Manusia sebagai Khalifah Bumi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:




“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”


Nota: Saya bukan pakar ilmuan Islam namun sekadar berkongsi ilmu pengetahuan bagi muhasabah diri kita sebagai insan. 

Keistimewaan Dua Budaya, Manisan Kaum India: Payasam.

Dalam ketidaksabaran saya menunggu, akhirnya sampai juga kita kepada malam istimewa iaitu malam Jumaat. Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan yang paling penting hari terakhir untuk bekerja pada minggu ini bagi yang bekerja 5 hari seminggu, pada yang tidak, sabarkan diri dan moga anda terus tabah bekerja dengan ikhlas demi hasil yang halal. Ini mungkin entri terakhir saya dalam minggu ini hingga saya kembali semula dari bercuti di kampung. Pendek kata sampai dikampung jangankan internet, minat untuk melihat laptop juga tiada kerana terlalu sibuk dan gembira bersama kaum famili. Pada pendapat saya itulah masa untuk berehat dari rutin yang sama di Kuala Lumpur. Balik kerja sahaja, selepas selesai menunaikan tangungjawab sebagai seorang isteri, laptop merupakan teman setia saya selain suami. Sampai tegang urat belikat, al maklum suami dan saya masih lagi dalam honeymoon mood tanpa kehadiran cahaya mata. Mahu tidak mahu kita redha dan usaha. Insyaallah satu hari nanti tak siapalah tahu. :) 


Oh ya, sebelum melabuhkan tirai malam saya ingin bercerita mengenai sejenis manisan dari kaum India, cara penyediaannya amatlah ringkas seperti kita memasak bubur sagu namun sudah tentu apa jua masakan anda ingin cuba anda mestilah tahu langkah-langkah penyediaannya. Dan yang pasti saya bernasib baik kerana mendapat tunjuk ajar daripada ibu mertua (Amma) yang tidak lokek mengajar saya. Mari kita belek bahan-bahannya: 

(Instant made from Babas)
Payasam 

Bahan-Bahan diperlukan: 

2 sudu besar kismis
1 sudu besar minyak sapi
3 cawan air
2 sudu biji gajus
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan sagu
secubit serbuk buah pelaga
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan putih atau gula perang
Sedikit pewarna makanan berwarna kuning

Cara-Caranya:

Goreng kismis dan kacang dalam minyak sapi cair, sehingga kacang keperangan dengan api yang perlahan. Lalu keluarkan dari dalam kuali. 
Rebus sagu, buah pelaga dan garam dengan air sehingga sagu hampir masak.
Tambah gula & susu sejat. Renehkan selama 2 minit. 
Kemudian masukkan kismis, kacang dan pewarna makanan. Setelah masak payasam ini boleh dihidangkan secara panas ataupun sejuk sebagai pencuci mulut. 


Mudahkan, itu maklumat pada yang inginkan payasam buatan sendiri, tetapi kini jika ada yang kepinginkan payasam anda boleh saja membeli payasam ready made packet keluaran Babas. Jika masak dengan payasam ready made packet Babas anda cuma perlu rebus bahan-bahan dalam peket ke dalam air hingga sagu hampir masak kemudian tuangkan susu sejat dan biarkan mendidih buat seketika. Saya jamin dengan cara penyediaan yang ringkas ini anda akan puas hati kerana dapat merasai manisan selain dari kuih muih dan pencuci mulut kaum Melayu yang telah menjadi tradisi dan kegemaran kita turun -temurun.

"Selamat mencuba!"

Nota: Dua budaya, pelbagai rasa namun satu hati. 

Wednesday, 27 June 2012

Seni Makanan: Comel, Cantik & Menyelerakan.

(Betul-betul kreatif)

(Merah & lazat)

 Comel, sedap dan lucu hanya itu yang mampu saya katakan. Saya tabik pada chef-chef handalan mahupun yang amatur yang gemar mencari kreativiti dengan hiasan makanan (Food presentation) ini. 


Sebenarnya kreativiti memasak bukan hanya tertakluk kepada kepakaran memasak sahaja namun kebolehan mempamerkan hasil masakan dalam cara yang memikat hati pelanggan jika yang berniaga tapi jua kaum famili. Hmm! Siapa yang tidak akan tersenyum jika dihidangkan makanan secomel ini. Terutama para suri rumah atau isteri-isteri yang sentiasa mahu memikat hati yang tersayang. Semangat saya pula membara-bara untuk mencuba idea sendiri bila tiba masa terluang satu hari nanti. Mari cari ilham bagi ulang tahun atau hari jadi yang tersayang dengan berkongsi gambar-gambar makanan, pencuci mulut dan lain-lain yang sangat warna-warni ini. 



(Bagi yang ingin membangkitkan mood sarapan pagi dirumah)


(Ringkas & pedas/Atieshasanjimi@blogspot.com) 

(Romantika)



(Sushi yang comel) 


(Macam gigi pun ada) 






(Menarik) 






















(Macam ikan buntal pun ada) 































Klik disini jika mahu lihat lebih dari yang terpapar disini pasti anda rambang mata disajikan pelbagai jenis bentuk makanan: http://www.incrediblethings.com



"Selamat Mencuba"





Nota: Minat mengatasi segala-galanya. 

Monday, 25 June 2012

Saat Ceria: Membilang Hari Ke Kampung.

(Gambar sekadar hiasan)

Assalamualaikum sahabat sekalian. Bagaimana hari anda hari ini ditempat kerja?. Moga apapun situasi hari ini teguhkan pendirian, tabahkan hati dan senyum bersama famili tersayang. Pernah satu ketika saya menaiki sebuah teksi untuk pulang ke rumah selepas dari bekerja. Waktu itu jiwa berkecamuk memikirkan hal dan kerenah manusia di pejabat. Kacau sungguh jiwa saya hingga Pakcik yang memandu teksi yang saya naiki menegur. Nasihatnya pada saya tidak kira apa jua masalah ditempat kerja jangan bawa keluar terutama ke rumah, anggap saja sekarang sudah tamat waktu kita sudah bebas. Masalah itu kita tinggalkan di pintu pejabat, katanya dengan tenang. Hmm, terus saya senyum, ringan terasa dada memikirkan ada insan luar seperti Pakcik ini yang begitu berpengalaman dan prihatin memberi nasihat berguna. Lalu saya ucapkan terima kasih, menarik nafas panjang dan belajar menenangkan hati yang gundah. Alhamdulillah, Allah Subhanahuwataala pertemukan saya dengan insan ini yang walau sekejap mampu membuatkan saya sedar dan berfikir. Itu kenangan yang saya hargai hingga saat ini. 

 Hidup saya serba ringkas tak banyak yang menarik untuk dikongsi namun saya punya minat untuk menulis dan bercerita. Apa saja yang menarik minat saya dalam kehidupan sehari-hari dan anda juga. Berkongsi adalah jalan terbaik dalam hidup agar kita punya peluang mengenali ramai insan lain di sekitar kita mahupun dalam dunia jalur lebar. Kali saya mahu berbual tentang saat pulang ke kampung. Bukan untuk hari raya tapi untuk hari-hari biasa, pendek kata pulang ke kampung tetap istemewa biar hari apapun. Namun sudah ramai yang teruja kerana lgi beberapa minggu kita akan dipertemukan dengan bulan yang Mulia iatu bulan Ramadhan. Serasa saya ramai kaum wanita sudah sibuk mencari kain buat dijahit baju kurung tradisional atau moden, mungkin juga kebaya atau blaus tidak kurang juga yang gemar memakai jubah. Pilihan saya tahun ini merah dan merah jambu, Insyallah moga hajat tercapai. Itu cerita menyambut Ramadhan dan persiapan Hari Raya. Tapi kini kita cerita tentang kenduri-kendara, duhai lama betul rasa menunggu untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan kenduri sambut menantu. Mood saya untuk bekerja juga sudah turun naik. :)


Semakin cemburu bila kakak sulung saya sudah mula bercuti sejak dari Isnin, yang lain-lain pula akan mula bergerak kesana pada hari Khamis. Haru rasa hati kerana terpaksa menanti suami yang masih perlu berkerja pada hari Jumaatnya. Jika diturut hati ingin pergi dahulu namun biar susah senang, jauh dekat, cepat mahupun lambat kami sama harungi dan rasai. Tidak sanggup membiarkannya sendirian. Saya rasa ramai yang berperasaan seperti saya bila tiba masa ingin pulang ke kampung. Hati berbunga riang, wajah semakin ceria, beban kerja sudah tidak terasa, separuh hati disini yang sebahagian pula disana. Dalam fikiran sudah mencanang rancangan yang ingin dilakukan bersama-sama. Bagi yang muda seperti anak-anak buah itulah masa untuk mengambil peluang mengenakan ibu dan bapa saudara yang tidak lokek berbelanja. :) Indahnya perasaan...


Tentang kenduri lebih menjadi-jadi suasananya. Paling akhir kenduri besar buat famili saya adalah hampir 5 tahun yang lepas. Mungkin kerana itu ibunda sangat beria-ia, awal lagi sudah dipesan ahli keluarga supaya mengenakan tema warna yang sama pilihannya. Saya mengikut saja, kerana adik-beradik sudah sepakat. Jadi tahun ini bukan saja perlu menempah baju raya tapi juga perlu membeli baju khas buat dipakai masa kenduri nanti. Tiap kali saya menelefon dikampung, dengar saja ibunda bercerita mengenai persiapan itu ini. Rumah sudah dicat baru, langsir juga sudah dijahit kakak, adik perempuan saya pula rajin membantu mengemas dari awal apa yang perlu di bersihkan dari kini. Yang istimewa kad undangan dicipta khas oleh adik yang agak kreatif orangnya. Coraknya pula ditapis dahulu oleh ibunda. Saat saya menerima kiriman kad undangan tersebut saya tersenyum simpul, begitu warna-warni, comel dan ceria sekali. Selera dan idea orang muda agaknya. Ringkas, murah dan mudah namun saya tabik usahanya. Yang penting jangan sekali membazir wang ringgit untuk kad kahwin yang bakal di buang ke dalam tong sampah.


Seronok menulis kisah hati, rasanya fikiran saya semakin menerawang kesana-kemari, dalam hati memujuk dan berdoa moga segalanya berjalan-lancar. Semangat saya untuk memulakan perjalanan kekampung semakin memuncak namun dengan sabar moga tugas disini saya selesaikan dengan baik. Bila tiba masanya saya akan rasa bebas buat seketika, Insyaallah. Selamat malam semua dan moga anda senyum saat bangun pagi esok. Kita bekerja kerana Allah. 





Nota: Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi dinegeri sendiri. 

Saturday, 23 June 2012

Seni Makanan: Barangan Teknologi Canggih yang digoreng.

Salam ceria semua, apa rancangan hari ahad anda sebelum kembali bekerja pada hari Isnin?. Memang cepat masa berjalan hingga cuti dua hari ini tidak terasa. Masih kepingin menyambung cuti. Tidak mahu berceloteh lebih disini saya kongsikan seni makanan (Food presentation) yang unik dan amatlah kreatif tapi tak pasti betul atau tidak. Tengok saja bagaimana barangan hebat seperti Apple Ipad, Mabook, Iphone, Ipod dan juga tablet yang menjadi kegilaan ramai masa kini digoreng sebegitu rupa. Sayangkan.... :) 



(Iphone, siapa punya ni?. :)

(Lepas goreng boleh makan)

(Siap ada charger lagi??)

(Habislah Ipad)

(Laptop betul @ sekadar hiasan ni???)

(Makan handphone boleh jadi lagi cerdik kut? Haha!)

Ini pula insan yang bertangungjawab dengan seni kreatif ini, klik untuk info jika mahu tahu lebih lanjut: http://henryhargreaves.com/


Nota: Amik masa nak simpan duit nak beli Apple gadget ni kalau kena goreng. 

Wednesday, 20 June 2012

"The Return" Diane Haeger.


(Gambar&diskripsi saya kongsi dari sebuah website)

Description,

Her heart pounding with fear and longing, Charlotte Langston set sail from India for England, the homeland she had not seen for so many years...desperate to find the man whose love had once made her life a paradise...How well she remembered the day they met, when, pistol drawn, she'd charged into the private garden of Delhi's commander-in-chief and challenged the soldiers who were trespassing there. Captain Edward Langston had been handsome, strong, and, despite his part in the day's mischief, possessed of a confidence that was instantly compelling. Only sixteen, Charlotte had been innocent enough to ignore her maidservant's dark foreboding, headstrong enough to defy her old-fashioned father and marry a man he considered an ambitious, arrogant upstart. Honeymooning in the shadow of the Taj Mahal, Charlotte had glowed with incandescent love. But barely two months later, her happiness had been shattered by a bloody native uprising that left her widowed and in despair.

Now, ten years later, Charlotte was leaving the heat and dust of India to embark upon a new, uncertain future...to find the beloved husband who, she had just discovered, was miraculously still alive...

Buah Fikiran: Kata-Kata Itu Rasa Hati & Minda.


Hidup penuh ujian dan kadang kita kuat, lemah namun kita tidak mudah mengalah. Ada saat gembira, kecewa, lara, yang ditinggalkan dan meninggalkan. Ada juga saat yang tidak pernah terduga berlaku dalam hidup kita. Seperti kenyataannya dunia ini ada turun naik, timbul tenggelam dan pasang surutnya. Yang tidak disangka kadang ada yang manis dan terlalu bermakna dan ada pula saat yang meragut kebahagiaan dan ketabahan kita sebagai makhlukNya. Itulah keajaiban kita manusia diberi akal dan fikiran yang mampu membuatkan kita masih lagi berdiri teguh mengharungi setiap masa sampai keakhirnya.  Lalu mari kita berkongsi beberapa petikan kata-kata dan puisi bahasa yang mungkin ada yang berkaitan dengan situasi hidup kita sehari-hari. Pelbagai situasi-situasi berbeza yang diolah dalam bahasa-bahasa yang halus, romantis, pedas dan penuh maksud tersirat. Juga yang mengajak kita untuk terus kukuh berusaha dan menerima diri seadanya. Tanyalah diri kita apa yang kita mahukan, "yang baik jadikan sandaran yang buruk jadikan teladan".   Pendek kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita sesama manusia, fikir-fikirkanlah. Mari mencari dan mendapat ilham. 


“A customer is the most important visitor on our premises, he is not dependent on us. We are dependent on him. He is not an interruption in our work. He is the purpose of it. He is not an outsider in our business. He is part of it. We are not doing him a favor by 
serving him. He is doing us a favor by giving us an opportunity to do so.” -Gandhi (Misi Perniagaan) 

(Satu kepercayaan jika dikhianati) 

(Jati diri)
(Ketabahan)
(Kebebasan menjadi diri sendiri) 

(Berani kerana benar)

Warren Buffett (Billionaire investor – known as “Oracle of Omaha”)
The power of unconditional love. I mean, there is no power on earth like unconditional love. And I think that if you offered that to your child, I mean you’re 90 percent of the way home. There may be days when you don’t feel like it, it’s not uncritical love, that’s a different animal, but to know you can always come back, that is huge in life. That takes you a long, long way. And I would say that every parent out there that can extend that to their child at an early age, it’s going to make for a better human being.


(Mencintai jika tidak memiliki) 
(Jangan suka menilai orang lain)


(Kemarahan&Kasihsayang)

"If you were feeling bad, remember there's always a better time waiting. Life is like that we can't expect that everyday is going to be a fun and peaceful day. Forget what just happened and move on to next round..............." (AtieshaSanjimi@blogspot.com)





Nota: Minat, kesungguhan dan kecekalan mampu mematahkan seribu kata-kata yang melemahkan semangat kita.   

Monday, 18 June 2012

Saat Bermakna: Hari Ayah

(Sosej yang bakal dipanggang hasil kreativi saya dan ayah mertua) 

Hmm! Masih terbau harum dan sedapnya ayam panggang (Chicken BBQ) yang dimasak Sabtu lalu. Lambat sungguh saya upload gambar ini buat tatapan. Tiga hari yang lalu saya dan suami berkunjung ke rumah abang ipar di Damansara bagi berkumpul bersama-sama ahli keluarga untuk menyambut "Hari Ayah". Bagi pihak keluarga saya sendiri kami tidak lagi dapat meraikan hari bermakna ini kerana Ayahanda tercinta telahpun dijemput Ilahi beberapa tahun yang lalu. Doa dan al-fatihah buat arwah Ayah tersayang. 

Keluarga saya dan juga ipar duai sangat sukakan sesi panggang-memanggang. Terutama bila tiba saat berkumpul beramai-ramai di kampung. Suasana pula jadi hiruk-pikuk disebabkan ahli keluarga yang ramai dan ada juga anak-anak buah yang masih kecil berlarian kesana-sini. Gelak ketawa, usik-mengusik dan gurauan senda memeriahkan suasana yang sangat-sangat dinantikan saban tahun. Moga Allah rahmati kebahagiaan ini dan Insayaallah berkumpul lagi lain masa. 

Itu cerita di kampung lain pula dengan famili belah mertua saya, keluarga suami tidaklah seramai ahli keluarga saya. Namun berkumpul saat-saat istimewa begini mampu mengeratkan lagi silaturahim ahli keluarga. Dalam famili suami cuma seorang saja adik perempuan yang lain semuanya hero bagi Amma dan Daddy. Permulaan memang agak janggal kerana saya sudah terbiasa berkeluarga besar dan setelah hampir 5 tahun Alhamdulillah tiadalah rasa kekurangnya. Itu cerita saya, anda pula bagaimana...pasti banyak saat manis aktiviti bersama ahli keluarga yang tidak lekang di ingatan.  Buat penutup cerita saya ucapkan "Selamat Hari Bapa kepada mereka-mereka yang telah dinobatkan gelaran ini. Buat suami moga kesabaran anda beroleh kebaikkan dan berkatNya suatu hari nanti. 


Nota: Anak adalah anugerah, tidak boleh dicipta-cipta dengan sendiri, hargai anak anda kerana anda antara insan-  insan yang dianugerahkan keistimewaan itu. 

Sunday, 17 June 2012

Hasil Fotografi Menarik dari Aquaticforum

(Tengok saja pun hati dah cair)


Mari kita berkongsi gambar-gambar cantik dari website ini, saya yakin anda juga pasti akan tertawan dengan sekali pandang ke laman berikut, http://www.facebook.com/pages/Aquaticforum/164071663615906?ref=mf


(Indah sungguh kombinasi warnanya)
(Memang buat saya tergoda dek warnanya)
(Cantik tidak terkata)
(Seribu ketenangan)
(Warna-warna flora)


Nota: Alam dan anugerahnya yang tidak terhingga untuk kita hayati dan nikmati. 

Sesi Foto+Genit: Mari Merehatkan Minda


(Dalam kenangan: Sandy kesayangan saya)



(Tom si panjang akal)




(Saat kreatif)

(Simbolik kasih ibu)
(Ehsan dari Aquaticforum)
(Ehsan dari Aquaticforum) 
(Mama & Lulu) 
(Simbolik cinta termeterai)
(Keunikkan bunga&alam)



Nota: Gambar seribu makna.