Salam beristirehat bagi yang masih lagi melepak depan tv dan pada yang sudah dibuai mimpi. Moga anda dibuai mimpi indah-indah. Saya pula masih belum mengantuk akibat dari batuk yang membuatkan diri kurang selesa. Mungkin kerana itu minat untuk mencari ide & menulis juga kurang baru-baru ini.
Namun dalam tidak sihat kaki masih lagi kuat berjalan. Sabtu yang lalu sempat lagi saya membawa anak saudara untuk menonton cerita terbaru hero Marvel iaitu The Amazing Spiderman (in3D). Bagi yang sudah menonton pasti sudah tahu awalan, pertengahan dan akhirannya, pada yang memang tidak minat atau belum berkesempatan menonton, cuba-cubalah, ternyata kanak-kanak begitu teruja dengan aksi hero spider ini.
Pengawalan cerita mungkin ramai yang dapat meneka jalan ceritanya namun ternyata sangkaaan itu ada yang betul & ada yang meleset. Watak pelakon-pelakon dari beberapa filem Spiderman yang sebelumnya, lakonan Toby Mcguire langsung tiada kaitan. Ibarat kita menonton semula pengawalan kisah Peter Parker menjadi Spiderman namun dalam situasi yang berbeza. Pada mulanya saya rasa agak keliru dengan watak Peter, dan Mary Jane pula digantikan dengan Gwen Stacey heroin bagi filem ini. Tertanya juga siapa Gwen Stacey ini...mungkin juga seperti cerita Superman dan adaptasi drama bersirinya iaitu Smallville di tv yang mewujudkan watak Lana Lang yang menceritakan awal kehidupan remaja Clark Kent walau kita tahu dalam komik tentulah heroin bagi si kacak Superman adalah Lois Lane. Namun saya layan juga...
Walau jalan ceritanya berbeza dan saya mula rasa tidak puas hati kerana menbanding-bandingkan filem ini dengan filem terdahulu akhirnya hati saya tersentuh jua. Sentuhan emosi sedih kehidupan Peter Parker yang malang akibat kehilangan kedua ibu dan bapa didalam kemalangan kereta yang misteri serta kedegilan Peter yang menyebabkan kematian Uncle Ben berjaya membuatkan emosi saya bergelora sedih. Watak Uncle Ben lakonan Martin Sheen yang ringkas tidak kurang dengan watak Uncle Ben yang terdahulu. Sedikit-sebanyak ada moral story yang patut menjadi pengajaran buat penonton mengenai nilai-nilai kekeluargaan.
Bagi babak romantis, pengarah tidak menyesakkan dada penonton dengan harapan Mary Jane akan jatuh cinta kepada Peter Parker seperti filem yang lalu. Dengan mudah Peter disukai oleh Gwen Stacey yang matang, comel dan bertimbang-rasa. Ciri-ciri yang amat berbeza dengan perwatakan Mary Jane. Saya juga tidak kurang terbuai oleh kecomelan watak hero dan heroin The Amazing Spiderman ini. Watak Gwen memang saya gemari kerana tidak mudah salah faham akan si buah hatinya.
Untuk aksi 3D bagi permulaan memang sedikit kurang dan anak saudara yang baru berumur 10tahun mula mengomel. Hahah! namun bila tiba ke saat dimana Spiderman perlu berlawan dengan Dr Connor disitu kami mula teruja menonton. Apa yang dapat saya katakan memang tidak rugi ke panggung bersama kawan-kawan mahukan ahli keluarga. Selamat menonton!
Nota: Nikmati hidup kita seadanya & jangan hipokrit biarpun apa yang kita miliki tidak segah insan lain.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.