Pages

Tuesday, 3 July 2012

Buletin Famili: Hari Kenduri Besar!


(Ibunda)

 Assalammualaikum pada semua yang sudi membaca blog ini. Tiga hari tanpa internet dan dunia maya tidak pernah menjadikan hari-hari saya bosan dikampung. Malah semakin ceria dan menjadi-jadi dengan berkumpulnya semua kaum keluarga. Banyak nak diceritakan namun jangan ada pula yang bosan membaca. Rasa saya baik dipendekkan  saja buletin famili ini:)


(Raja Sehari)








30hb Jun 2012 merupakan hari bermakna buat abang saya dan isteri, malah juga pada kami semua adik-beradik dan yang terutama ibunda tercinta kami. Kerana hajat ibunda untuk menyambut kenduri bagi pihak lelaki dikampung akhirnya termakbul jua.  Apa yang dirancang menjadi dengan jayanya dengan izin yang Maha Esa. Terima kasih diucapkan pada kakak sulung yang merupakan tulang belakang majlis. Juga pada semua ahli keluarga lain, kakak-kakak, abang-abang, ipar-duai, adik-adik serta anak-anak saudara yang telah berhempas-pulas berkerjasama buat majlis ini. Jasa anda semua menjayakan perancangan majlis kenduri kali ini dengan ikhlas demi ibunda@atuk mendapat rahmat dari Allah S.W.T. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing bila dapat bertemu dan berkumpul kembali. 

(Makan Beradap yang ringkas)
Alang-alang berkumpul, bukan saja majlis kenduri disambut, malamnya ada pula acara potong kek hari jadi anak saudara. Dijamu pula dengan sate ayam & daging serta ayam kfc. Lauk kenduri pula menjadi hidangan sampingan. Yang meriahnya bukan kerana dek makanan tapi kerana gelak-tawa dan gurau senda yang menghiburkan hati kami:D Rutinnya pula bersembang hingga keawal pagi tentang apa saja yang tidak dapat dibualkan sekembali ke tempat tinggal masing-masing. 

Pagi Ahadnya pula separuh dari kami sibuk bermandi-manda di Marina Water Theme park. Taman tema air yang biasa-biasa sahaja sekadar melepas gian berendam dikala umur menjangkau akhir remaja ini. Pertarungan bola air kali ini dimenangi oleh kumpulan kami yang disertai suami, anak saudara perempuan dan saya. Manakala kumpulan abang disertai peserta tidak cukup umur, anak buah lelaki dan perempuan. Jadi sudah pasti kemenangan berpihak pada kumpulan kami:D Pada yang lain jangan segan-segan turun padang raya nanti...

(Kampungku syurgaku)
Dalam dek kegembiraan dikampung, yang pasti setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap cuti ada pengakhiran dan tugasan di Kuala Lumpur sudahpun menanti. Dengan hati yang berat dan sayu terpaksa melangkah pulang dengan harapan cuti lain kali saya ingin kembali lagi bersama suami menziarahi kampung halaman dan ibunda tercinta. Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur kami menjamu selera pula dengan hidangan tengahari yang macam-macam beramai-ramai, antara menunya ikan dan udang segar dari laut, siput gayam masak sos cili kering,lemak kuning nenas  ikan masin, ikan bilis pedas dan daging masak kicap beserta ulam-ulaman.  



Walau kampung halaman bukanlah jauh nun diseberang namun kerana kesibukkan kerja dan masa cuti yang terhad peluang untuk bercuti hujung minggu tidak dapat ditunaikan. Apapun nak seribu daya tak nak seribu dalihkan:D Akhir buletin mari kita kongsi snapshot ahli keluarga, tetamu dan saudara mara yang hadir ke majlis kami. Terima kasih atas kesudian anda semua. 

Photoshoot Sempoi
(Tetamu&saudara-mara)







(Lentuk Jang Nara)
(Sesi Marhaban)
(Rajinnya :) anak buah ni)

(Anak dara melaram)
(Sesi makeup)

(Shawn, siapalah bagi gelaran ni) 
(Mama Mia)
(Rajin dua gadis pingitan ni)

(Gotong royong)
(Mak andam) 
(Snap curi-curi)

(Posing ayu)
(Orang kuat Lekir)
(Bercelaru dibuatnya)
(Taktik menyorok yang tak sempat. Haha!) 






































Nota: Pada yang tiada snapshot spontan, jangan kecewa kita sambung raya nanti. 

Pegangan bijaksana: Biar miskin harta jangan miskin budi bahasa.Namun jika kaya biar kaya keduanya.  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.