(Bantal peluk hidup) |
(Meow the fat cat)
Seperti kucing lagi gemuk lagi comel namun ada juga manusia yang tidak gemar duduk diam dengan sengaja mahu mencari jalan menyakiti hati insan lain dengan mereka sedari. Tambah lagi bagi golongan yang comel-comel gebu. Ada juga manusia-manusia yang merasakan diri sempurna memperlekeh insan lain dengan melangkaui batasan privasi orang lain tanpa rasa bersalah. Jika yang tidak terniat berkata-kata atau gurauan senda tentang hal tubuh badan seseorang individu itu rasanya boleh lagi dimaafkan bukan. Selebihnya sendiri mahu ingat, kerana hidup ini benar-benar umpama roda. Kita tidak pernah akan tahu apa yang akan terjadi esok hari, mahupun satu jam yang akan datang. Jangan saat kita leka Tuhan bayar tunai atas keangkuhan kita pula. Biarlah hidup kita ini disurami sifat hormat-menghormati, prihatin, bertimbang-rasa dan merendah diri. Jika mahu menasihati dan memberi pandangan dari segi kesihatan rasanya tuan badan tentu gembira menerima niat baik anda itu.
Panjang sudah saya mengomel tentang yang gebu-gebu, dari kucing ke lain pula kisahnya. Pada yang sukakan haiwan kucing ini, jagalah haiwan peliharaan anda sebaik mungkin. Ingatlah dalam hati, setiap yang baik kita lakukan termasuk berjasa pada haiwan yang lemah ada ganjaran baik menanti. Jangan kita sesekali kejami mereka ini, kerana mereka ini makhlukNya jua. Amanah kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
Semoga anda semua didalam lindunganNya sentiasa.
Nota: Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak - kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.